Dapatkan buku-buku terbitan Telaga Biru di sini
buku buku pilihan
Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood
buku buku pilihan
Buku DOA & ZIKIR HARIAN ini lain daripada yang terdapat dalam pasaran kontemporari kerana ianya disusun dan direka bentuk dengan ciri-ciri keistimewaan tertentu antaranya:
- Susunan doa ditujukan khas untuk semua golongan dan peringkat usia.
- Setiap doa ada keterangan, petua beramal dan adab-adab.
- Buku bersaiz kecil mudah untuk dipegang di atas tapak tangan kiri, dan mudah untuk diselak dari muka ke muka oleh jari tangan kanan.
- Orientasi melintang memudahkan format reka bentuk ayat untuk dihafal dan diingat.
- Cetak muka surat isi dengan 2 warna melembutkan mata memandang.
- Kulit yang cantik.
- Model buku ini sesuai untuk dijadikan buku cenderahati untuk tetamu ke majlis perkahwinan, pertunangan, pelajar, sambutan hari ulang tahun atau hari jadi dan sebagainya.
Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood
HADIAH BUAT MUSLIMAH – Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.
Hukum-hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas dari al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.