Friday, December 18, 2009

Kenapa Cloth Diaper

CLOTH DIAPER @ LAMPIN KAIN MODEN

* Cloth diaper (CD) ataupun lampin kain moden adalah 'pampers' yang boleh dibasuh dan diguna semula. Di Malaysia CD masih lagi baru diperkenalkan dan ia adalah sebagai lampin alternatif yang selamat untuk dipakaikan kepada bayi. Tidak perlu lagi menggunakan pelindung lampin @ pin yang besar ...

>bahagian luar CD adalah PUL (polyurethane laminate)material yang membuatkannya kalis air , tidak bocor.

>bahagian dalam CD adalah microfleece yang akan membuatkan bayi rasa kering.

>bahagian yang menyerap air kencing bayi ialah mikrofiber insert. Insert / soaker adalah 3 lapisan mikrofiber yang menjadikannya 5x lebih berkesan serapannya berbanding towel biasa.


*Tiada pendedahan bahan kimia yang keterlaluan terhadap anak dimana keseluruhan materialnya adalah kain. Campuran bahan kimia ini boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi anda.

*Ia juga jimat dari segi kewangan bagi pasangan yang menpunyai lebih dari seorang anak yang sedang memakai lampin.

*Disamping berjimat, penggunaan CD juga bakal menyelamatkan alam sekitar di mana disposable diaper memakan masa selama 300-500 tahun untuk lupus. (DD merupakan 50% daripada sampah domestik rumah dan sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya)

*Kini, terdapat pelbagai jenis cloth diaper di pasaran dengan pelbagai corak dan mengikut kemampuan ibu bapa. CD ini kemas, selesa dan mudah dipakaikan. Lebih menarik lagi, CD ini boleh di adjust saiz dari S, M, L & XL. Boleh dipakai lama dari baby baru lahir hingga 3-4 tahun... MENARIK KAN.......



Mari kita buat contoh kira-kira kos penggunaan aka pembelian CD & DD

  • Bayi baru lahir memerlukan 12 keping diaper sehari sehingga pattern perkumuhannya stabil (2 bulan). Tapi berapa ramai yang ’sanggup’ tukarkan DD anak 2 jam sekali?

  • Cost CD (20 keping) = RM980
    • Cost DD (50senx12×60hari) = RM360
    • Anak berumur 2 bulan sehingga 3 tahun (34 bulan) menggunakan 6 DD sehari
    • Cost CD = RM0 (Gunakan CD yang sama masa nya newborn)
    • Cost DD(50 senx6×30harix34bulan) = RM3060
Lihat perbezaannya......:) semuanya terpulang kepada ibu bapa untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak dan sekaligus menilai dari aspek kewangan keluarga..

Tips:
#Berapa banyak lampin pakai buang yang anak anda guna dalam sehari adalah berapa banyak CD yang anda perlukan dalam sehari. Dinasihatkan anda mendapatkan sekurang-kurangnya 10 CD untuk seorang bayi.

# Semakin tinggi kadar basuhan lapik microfiber, semakin tinggi kadar resapannya.

No comments:

Post a Comment