Kali ini, HOS nak share beberapa sebab dan kenapa CD yg digunakan sering kali bocor...kadang2 baru pertama kali guna dah bocor...mesti parent kat luar sane fikir, kenape beli mahal2 n then bocor...buat rugi je kan...jgn fikir mcm itu...sebenarnye ade bbrp sebab Cd yg digunakan bocor..antaranya;
- TIDAK BUAT PREWASH DENGAN SEMPURNA @ LANGSUNG TIDAK PREWASH. Pabila pertama kali beli CD, kita kena buat prewash dulu beberapa kali maksudnya basuh kering basuh kering basuh kering. Sebab, untuk menjamin kadar serapan yg sepatutnya. Kadang kala ade sesetengah parent yg terlalu excited nak pakaikan CD pada anak anak sehingga basuh hanya sekali. Ini boleh jadi penyebab kenapa CD bocor. Ia sama jugak konsep mcm tuala, kali pertama guna masih lagi terasa basah kat badan..tapi bila dah semakin kerap basuh kadar serapan tuala pun semakin kuat...CD pun cmtu gak.
- CARA PEMAKAIAN YANG TIDAK BETUL. Pastikan CD kemas apabila dipakaikan pada anak anak anda terutamanya bahagian peha. Biar ketat bahagian peha dan pastikan jangan sampai boleh masukkan jari antara peha dan getah CD. Kalau tidak CD akan bocor walaupun baru pakai tak sampai sejam.
- ANAK ANDA KERAP PEE PEE. Kemungkinan juga anak anak anda kerap membuang air @ pee pee. Jadi kena kerap tukar CD sekerap yg mungkin. @ lebihkan insert. Biasanya penggunaan 2 insert digalakkan pada waktu malam kerana ibu ibu tak perlu susah payah nak bangun malam salin CD.
2insert boleh guna selama 7-8jam. - PEMAKAIAN CD YANG TERLALU LAMA. 1CD dgn 1insert biasanye bertahan selama 3-4jam shj. Pabila terlalu lama, kiranya dah lebih muatan lah kan...jadi CD pun bocor lah.....bila getah CD dah agak agak basah, itu namanye dah penuh..jd cepat cepatlah tukar...sesetengah budak, bila dah basah dia akan rase tak selesa dan minta ditukarkan CD.
- PENGGUNAAN SABUN. Gunakan sabun yang tidak berenzim, tidak berpeluntur dan tidak berpewangi untuk membasuh CD.
- INSERT TIDAK DIMASUKKAN DENGAN SEMPURNA. Pastikan insert dimasukkan dan diletakkan betul pada CD.
- CD YANG TIDAK SESUAI. Kadang kala ada jugak anak anak tidak sesuai @ serasi dengan sesetengah jenis CD. Oleh itu, untuk permulaan..lebih baik dapatkan beberapa jenis CD yang berlainan. Nnt bila dah tau mane yg serasi, boleh lah tambah koleksi CD anak anak lagi :). Di Hadina Online Store, kami ada menawarkan pakej pakej yang berlainan CD.
Di harap info info ini berguna buat parent di luar sana.
Sehingga ketemu lagi di lain tulisan....
bagus tul tips yg ina bg ni :)
ReplyDeletesekadar info buat semua...lagipun tgh naik taraf blog HOS ni sikit..slow slow lah yer.. :)
ReplyDelete